i always go ga-ga walking thru sportshops looking at shiny & classy football boots. adidas predator precision.. nike total 90.. nike tiempo.. puma king.. perghh nama2 boot branded yg tidak asing lagi worldwide. tho sekarang ni aku dah tak turun sgt main bola padang, tapi aku selalu berkeinginan nak beli boot baru bila nampak kat kedai. Tak paham siot dgn diri sendiri..!!
boot pertama yg aku beli sejak zaman sekolah rendah dulu, ialah kasut kain kanvas yg ada stud getah. nama glamer dia boot Fung Keong. hebat giler ah kasut ni... murah je time dulu2 tu.. dalam 10 ringgit je sepasang.. itupun kalau beli kat kl, kalau kat belah2 lain confirm dapat lapan ringgit je. time kecik2 dulu mana mampu nak beli boot bola mahal2 kan.. so siapa yg main bola pakai boot fung keong ni dah kira cukup gah dah la.. rm10 tu pun kira mahal kalau nak beli pakai duit sendiri. budak2.. duit banje gi sekolah pun 50sen satu hari, (karipap seposen x 2, air seposen, 20sen lagi simpan tabung).
kalau main pakai boot fung keong ni, kena pakai stoking tebal. kalau tak abis ditarahnye kaki sampai melecet. satu lagi downside dia, kalau main time ujan. bapak berat yg teramat ler kasut ni. nak rembat pun mesti off je pergi bola tu...
selepas zaman fung keong, aku beralih arah pada boot2 commercial yg lain. ada banyak round jugak la aku pakai, mcm2 jenis but mainly adidas. aku tak pernah beli nike sebab tak seswai. bagi yang empunya kaki halus ok la pakai nike ni. aku tak ingat sangat la jenis2 ape masa tu, tapi yang paling aku ingat, ialah boot adidas terakhir aku yg paling aku sayang, predator kaler kuning & hitam..
aku beli boot adidas ni masa umo aku 22, a few years back. aku ingat lagi masa tu.. baru 3 hari puasa. aku dgn member aku jenjalan kat pertama. aku nak teman dia, gi cari kasut jalan sebab kasut dia ilang kena curik. kat pertama tu aku pun saje2 la masuk kedai pak singh tingkat dua ni. masuk je kedai tu, then i saw her. adidas... predator.. kaler goldish kuning dan hitam. lovestruck.. awww.. cinta pandang pertama.
bila aku fikir2 balik, kenapa aku gila nak beli boot ni? satu pasal timing. at least lepas raya nanti baru sambung balik main bola, baru boleh pakai boot ni. ada sebulan lagi. takkan nak display kat bilik je menanti hari untuk digunakan? yang kedua pasal kaler. perghh, striking giler kaler, ni kalau main macam gamps ni baik takyah, kena kutuk je nanti. anyway aku pun that time rasa takyah beli la kot.. aku pun saje2 la tanya pak singh tu berapa harga. boleh la plak dia bagi discount banyak giler sampai tergugat iman aku. tak fikir banyak. ok bos ! bungkus kasi angkat !
turned out plak member aku tak jadi beli kasut, aku plak yg beli kasut, kasut bola plak tuh.. di bulan Ramadhan al-mubarak. semoga berkatlah hendaknya. aku ingat lagi lepas raya tu, aku org paling semangat ajak budak2 ni turun bola semata2 nak ngetest skill pakai kasut baru, hahaha. but as a whole, boot ni contribute banyak pada aku.. lepas la jugak dua tahun nye league game. pada tahun kedua tu, kasut aku injured.. terkoyak kat belah side luar. kalau korang nak tau, ini masalah standard bagi aku coz kaki aku memang jenis kembang tepi (type-B feet). that time memang aku selalu antar jahit la boot tu. sampai boleh best friend la dgn brother tukang kasut kat melawati & sri gombak masa tu.
bila dah sampai 4,5 kali antar jahit.. aku membuat keputusan untuk menggantikan boot favourite aku tu. keputusan sedih, but its a must. this time aku sambar boot asics for type-B nye kaki. asics ni special skit, dia ada design boot for both type. untuk type-A mmg standard mcm boot2 lain. untuk type-B memang dia kembang skit, n then ada triple lining nye jahit kat belah tepi side luar kasut tanak bagi koyak. boot ni comfortable, tapi kalau rembat dia susah skit nak set betul2 on target sebab berat sideways. tapi kalau time tournament rugby, boot ni memang the best of the best la. lari rasa laju je & stud dia pun super cengkam. so kalau terpijak tangan masa tackle or pijak kaki orang lain masa scrum, confirm boleh berlubang kaki diorang...hehe.
itu je lah boot terakhir aku. lepas aku dah keje, aku takde beli boot bola lagi dah. masuk kedai pun, just admire je lah.. tapi tak beli. maybe one day bila aku dah kawin & ada anak laki, aku belikan dia predator size budak2 tu, boleh dia sepak2 bola kat umah dgn aku.
anyway, aku boleh kata boot idola aku dari dulu sampai sekarang ialah.. COPA MUNDIAL !! boot paling sesuai & efficient untuk defenders. aku dah survey dan pantau price dia dari tahun ke tahun. tapi maintainnnn je harga tak berubah (tu yg bikin panas tu). tetap RM450. mahal giler. memang boot ni jadi idola aku dan member aku sorang nama yap. ada one time kitorang dengar kabar angin daripada member sorang lagi nama fauzul, ada satu gudang kat cheras tgh open jual copa mundial made in malaysia harga rm200+, terus kitorang start enjin keta pegi cheras. sampai2 je kat gudang tu, kitorang pelik tgk apsal apek tu jual tupperware plak. so kitorang pun call la balik si fauzul ni nak mintak kepastian. boleh plak dia cakap.. "lerrr.. korang pergi betul ke?? aku main2 je lahh !! sori wehh !! apsal korang tak tanya aku tipu ke tak ?? hahahaha" ..... confirm ayat budak nak kena tibai..
aku selitkan je la wajah copa mundial untuk tatapan korang. adiosss....

" New technologies hit the field virtually every week and the latest boot styles constantly push the limits of our imaginations, yet the understated Copa, which first appeared more than 20 years ago, continues to thrive. Why?
It's the craftsmanship, simple style and superior materials which adidas puts into every single pair. In 1978, when Beckenbauer stepped on the field, he was wearing adidas Copa Mundials . . . so was every other legendary player of that time. Since then, the adidas Copa Mundial has remained the world's most popular soccer boot! A trusted and timeless classic, the Copa Mundial is made from the softest kangaroo leather available which provides for a comfort like no other.
Its upper is fully lined with an extended leather tongue. Additional leather supports extending from the heel provide for increased durability and stability. The outsole is constructed of dual-density direct injected Polyurethane with molded studs. Recommended for hard and dry natural pitches."

No comments:
Post a Comment